Sejarah Hong Kong

Rencana utama: Sejarah Hong Kong

Hong Kong telah mula diduduki sejak Zaman Neolitik. Ia mula menjadi perhatian dunia pada kurun ke-19. British telah menduduki Hong Kong semasa Perang Chandu 1841, tetapi dikembalikan kepada China pada tahun berikutnya dibawah Persetiaan Nanking. Sebahagian kawasan bersebelahan Semenanjung Kowloon (Selatan Boundary Street) and Pulau Stonecutters diserahkan kepada Britain pada tahun 1860 dibawah Konvensyen Peking selepas tamatnya Perang Chandu Kedua. Beberapa kawasan bersebelahan tang kini dikenali sebagai New Territories (Termasuklah New Kowloon dan Pulau Lantau) telah dipajakkan kepada Britain untuk tempoh 99 tahun dari 1 Julai 1898 hingga 30 Jun 1997.

Merujuk kepada perjanjian yang telah ditandatangani di antara Republik Rakyat China dengan United Kingdom (UK) pada 19 Disember 1984, Pengisytiharan Bersama Sino-British yang mana keseluruhan Wilayah Hong Kong yang berada dibawah Pemerintahan Kolonial British akan menjadi Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China pada 1 Julai 1997.

Di dalam Pengisytiharan Bersama, pihak RRC berjanji bahawa dibawah dasar "Satu Negara, Dua Sistem" yang dicadangkan oleh Mendiang Deng Xiaoping, sistem ekonomi sosialis di China tidak akan diamalkan di Hong Kong dan Sistem Kapitalis yang diamalkan sebelumnya di Hongkong dan cara hidup tidak akan berubah untuk tempoh 50 tahun (2047). Hong Kong juga berpeluang untuk memperolehi autonomi sepenuhnya di dalam semua perkara kecuali hal ehwal luar dan pertahanan.